fbpx

Misi jejak Hawari tangguh akibat cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hawari

PUTRAJAYA – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim ditangguhkan buat seketika berikutan keadaan cuaca buruk.

Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak berkata, buat masa ini, misi SAR masih lagi dikekalkan sehingga hari terakhir musim pendakian Isnin ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, misi pencarian seterusnya akan diputuskan kemudian selepas kelab membuat permohonan permit khas mendaki dengan pihak berkuasa mendaki Nepal.

“Malam tadi ada perbincangan mengenai lanjutan SAR bersama Kementerian Luar, pihak berkuasa mendaki Nepal dan malim gunung bagi memutuskan langkah seterusnya.

“Perkara lain dibincangkan termasuk memohon untuk menggunakan khidmat 10 orang malim gunung dan bantuan helikopter. Kelab juga ada memohon bantuan daripada pihak tentera Nepal bagi membantu SAR berkenaan,” katanya yang juga Ketua Misi ME2023.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan beberapa peralatan teknikal bagi mencari Muhammad Hawari termasuk dron infrared sudah diterbangkan ke Nepal bagi melancarkan SAR itu.

Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia semalam memaklumkan, misi SAR Muhammad Hawari mungkin dilanjutkan selepas Isnin jika permohonan permit khas diluluskan pihak berkuasa Nepal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI