fbpx

Mayat pelakon Brazil ditemui selepas 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Machado ditemui di dalam sebuah peti kayu di Rio de Janeiro. - Newsflash

BRASILIA – Mayat pelakon Brazil, Jefferson Machado yang dilaporkan hilang hampir lima bulan lalu ditemui di dalam sebuah peti yang ditanam di halaman sebuah rumah di bandar Rio de Janeiro, lapor akhbar New York Post.

Kematian Machado disahkan oleh seorang rakannya, Cintia Hilsendeger di laman Instagram.

Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan diikat di dalam sebuah peti kayu yang diliputi konkrit dan ditanam pada kedalaman 1.8 meter di kejiranan Campo Grande.

“Tangannya diikat ke belakang kepala dan ditanam di dalam sebuah peti kayu yang hampir sama dengan peti kayu di rumahnya sendiri,” kata peguam keluarga itu, Jairo Magalhaes dalam satu kenyataan.

Magalhaes berkata, satu garisan ditemui pada leher Machado yang menunjukkan bahawa mangsa telah dicekik.

Polis kini menyoal siasat seorang lelaki yang menyewa rumah tempat mayat itu ditemui.

Suspek yang dilaporkan mengenali Machado, kali terakhir dilihat memasuki rumah itu sekitar sebulan lalu.

Penemuan itu menandakan berakhirnya misi pencarian yang dimulakan pada Januari lalu selepas mangsa dilaporkan hilang sejak kali terakhir dilihat di Campo Grande. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI