fbpx

Pearly-Thinaah pamer kebangkitan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah meraikan kemenangan mereka mara ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menewaskan Fukushima-Hirota pada aksi suku akhir di Axiata Arena sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mencipta sensasi di bumi sendiri apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota sebentar tadi.

Pasangan di ranking ke-11 dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 13-21 untuk melakar kemenangan dua set berikutnya 21-19, 21-16 pada aksi suku akhir di Axiata Arena.

Menurut Thinaah, sokongan padu daripada ribuan penyokong di laman sendiri menegaskan, mereka layak memenangi perlawanan itu walaupun terpaksa bertarung selama satu jam 51 minit dalam aksi tersebut.

“Kami memang tidak mahu menyerah kalah… hendak berikan yang terbaik. Sebab itulah kami berjuang habis-habisan sepanjang perlawanan,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

PEARLY (kiri) dan Thinaah berjaya menjinakkan Fukushima-Hirota pada aksi suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, Pearly menjelaskan, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas terjatuh di tengah gelanggang pada set pertama.

“Saya cuma tidak cergas sehingga tidak dapat berdiri dengan stabil di gelanggang. Saya tidak mahu mengecewakan pasangan saya dan semua orang.

“Saya gunakan kekuatan mental untuk kekal bertahan sehingga tamat perlawanan. Saya tidak mahu menyerah kalah,” jelasnya.

Di separuh akhir esok, Pearly-Thinaah akan berdepan beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-15, 18-21, 21-16.

Jika menang, pasangan negara itu akan memperbaiki pencapaian edisi tahun lalu menyaksikan mereka terkandas di peringkat separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI