fbpx

Luka tikaman di dada, punca kematian wanita hamil dibunuh teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus (tengah) menunjukkan gambar imbasan ultrabunyi kandungan mangsa pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam, Selangor kelmarin. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Kematian seorang pelayan restoran yang dibunuh dan dibakar teman lelakinya di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, berpunca akibat luka tikaman di dada pada badan yang melecur.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, dapatan itu diperoleh hasil bedah siasat oleh Hospital Sungai Buloh.

“Jenazah wanita itu sudah dituntut keluarganya di hospital tersebut hari ini.

“Mangsa dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Tambah beliau, suspek lelaki yang terlibat dalam kes berkenaan direman sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat yang ditemui di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula Isnin lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI