fbpx

Sorok arak seludup dalam kedai runcit bernilai RM18,693

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN arak yang dirampas anggaran bernilai RM18,693 di Parit Jamil, Parit Jawa, Muar, malam kelmarin.

MUAR – Cubaan seorang lelaki menggunakan helah menyimpan arak seludup di sebuah kedai runcit gagal dalam satu serbuan Op Kontraban di Parit Jamil, Parit Jawa, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, serbuan pada pukul 10 malam itu menemui 134 botol dan 105 tin arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM18,693.

“Serbuan dilakukan sepasukan polis Task Force, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menahan seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Suspek merupakan penjaga kedai runcit terbabit dan dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan arak seludup itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ujarnya, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyeludupan serta terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI