fbpx

Pening punca Zii Jia tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA (duduk) terpaksa menerima rawatan di tepi gelanggang pada set ketiga ketika tewas rubber set kepada Chun-yi di pusingan kedua Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Masalah kesihatan menjadi faktor utama bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Malaysia Masters 2023.

Pemain di ranking ke-10 dunia itu tewas rubber set kepada lawan dari Taiwan, Lin Chun-yi 19-21, 21-16, 15-21 dalam tempoh satu jam 24 minit pada aksi di Axiata Arena sebentar tadi.

Zii Jia, 25, mula memperlihatkan tanda-tanda keletihan pada set kedua sebelum beberapa kali terpaksa menerima rawatan di luar gelanggang sewaktu set ketiga.

Pengurus yang juga kakaknya, Lee Zii Yii mendedahkan, keadaan badan Zii Jia tidak berada pada tahap terbaik dan terpaksa menelan panadol sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Seperti semua orang boleh nampak, dia (Zii Jia) berdiri pun pening, jadi dia tak boleh datang ke sidang akhbar ini. Maaf kepada semua orang yang menunggu, sebab itu saya menggantikan bagi pihaknya.

ZII JIA dikatakan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan dia tersingkir di pusingan kedua Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. – SHIDDIEQIIN ZON

“Bukan demam tetapi sejak kebelakangan hari ini dia dah rasa tak selesa, jadi kita bagi dia makan ubat panadol. Malangnya, (badan) dia tak dapat bertahan.

“Keadaannya tak begitu teruk sampai perlu berjumpa doktor tetapi dia rasa tak selesa. Kita cuba dengan beri dia makan ubat, rehat dan dia juga tidak ada mengadu apa-apa sebelum perlawanan,” kata Zii Yii.

Kekalahan tersebut menyaksikan pemain dari Alor Setar, Kedah itu masih perlu menunggu untuk mendakap trofi pertamanya tahun ini dengan kejohanan seterusnya adalah Terbuka Singapura dari 6 hingga 11 Jun depan.

Zii Jia dijadualkan menghadapi pemain dari China, Weng Hongyang pada pusingan pertama kejohanan itu dan bakal bertemu pemenang antara Li Shifeng (China) atau Kento Momota (Jepun) di pusingan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI