fbpx

Pearly-Thinaah ke suku akhir Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THINAAH (belakang) dan Pearly akan beraksi di suku akhir Malaysia Masters menentang Fukushima-Hirota di Axiata Arena hari ini. - SHIDDIQIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menyambar tiket ke suku akhir Malaysia Masters menewaskan pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto di pusingan kedua hari ini.

Lebih menarik, beregu No.11 dunia itu turut berpotensi mencipta rekod pukulan rali terpanjang di dunia dengan 211 pukulan ketika kedudukan 16-14 pada set ketiga sebelum meraih kemenangan 21-17, 18-21, 21-19 di Axiata Arena.

Difahamkan, jumlah itu telah melepasi catatan pukulan rali terpanjang beregu wanita iaitu 195 pukulan sewaktu pertarungan antara Baek Ha Na-Lee Yu Rim (Korea Selatan) menentang Du Yue-Li Wen Mei (China) pada Terbuka Korea 2022.

“Saya sebenarnya teruja (memenangi rali) tetapi pada masa sama terlalu penat dan mahu tamatkannya (rali panjang) lebih awal. Jadi apabila habis, saya terus lambung raket kerana nak ambil masa untuk rehat lebih lama.

PEARLY (kiri) dan Thinaah bersorak kegembiraan selepas berjaya menewaskan Miyaura-Sakuramoto pada pusingan kedua Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. – SHIDDIQIN ZON

“Saya cuma fikir nak habiskan cepat sahaja. Selepas ini tak mahu lagi rali panjang sebab ia memenatkan, kalau boleh perlu ‘matikan’ bola lebih cepat,” kata Thinaah selepas tamat perlawanan di Axiata Arena itu.

Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan keenam kejohanan, akan berdepan satu lagi pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di suku akhir esok.

Lawan mereka yang berada di ranking kesembilan dunia, berjaya menumbangkan pasangan Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 21-16, 21-9 hari ini.

Peluang Pearly-Thinaah untuk mara ke separuh akhir pada Sabtu ini dilihat cerah berdasarkan rekod seimbang apabila berjaya memenangi dua daripada lima pertemuan menentang Fukushima-Hirota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI