fbpx

Lupakan pengalaman ‘pahit hitam’ di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD muda Harimau Malaya perlu melupakan pengalaman pahit pada Sukan SEA Kemboja 2023, sebaliknya mempersiapkan diri untuk kelayakan Piala Asia B-23 2024 akan datang.

PRESTASI merudum skuad bawah 23 tahun (B-23) negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 tidak akan ‘berpanjangan’ kerana percaya pasukan itu akan bangkit pada kejohanan kelayakan Piala Asia B-23 2024 akan datang.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berpendapat, masih ada sinar buat skuad kendalian E. Elavarasan sekiranya berjaya mengumpulkan semua pemain terbaik pada kejohanan seterusnya nanti.

Kata Mohd. Yusoff, pengalaman pahit di Kemboja perlu dilupakan segera dengan pasukan harus segera mempersiapkan diri sebelum mengharungi aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung September nanti.

“Secara peribadi, saya agak terperanjat dengan keputusan skuad B-23 kebangsaan pada Sukan SEA baru-baru ini (terkandas di peringkat kumpulan). Inilah bola sepak kerana sesuatu yang kita tidak jangka boleh berlaku.

“Namun, saya yakin dengan bimbingan Elavarasan, mereka akan lupakan pengalaman pahit itu, sekali gus terus maju pada kejohanan-kejohanan yang bakal disertai nanti.

“Harus diingatkan, beberapa pemain yang layak untuk mewakili skuad B-23 tidak dapat sertai kerana Sukan SEA tiada dalam kalender antarabangsa FIFA.

“Situasi mungkin berbeza andai mereka dapat bermain dan kejohanan akan datang sudah pasti akan dilangsungkan pada kalender FIFA,” katanya yang juga bekas pengurus skuad B-23 negara ketika ditemui di Petaling Jaya semalam.

Tumpuan skuad muda Harimau Malaya kini tertumpu pada kelayakan Piala Asia B-23 Qatar 2024 yang akan berlangsung pada September dengan undian bakal dilakukan di Ibu Pejabat AFC, Kuala Lumpur hari ini.

Penyertaan ke Piala Asia B-23 tahun depan sangat pen­ting ­kerana ia akan menjadi tiket buat skuad negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan tiga slot benua Asia bakal menjadi rebutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI