fbpx

Sidang DUN: Speaker tegur ADUN tak pakai tali leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zahir ketika Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Perak hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menegur semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar mematuhi etika berpakaian pada sidang DUN.

Mohammad Zahir ketika memberi peringatan berkata, etika berpakaian terutama berkaitan pemakaian tali leher telah diputuskan pada persidangan DUN yang pertama tahun lalu.

“Di dalam dewan ini, saya ingat lagi pada tahun lepas semasa kita membuat persidangan yang pertama, sut urusan yang telah saya tetapkan ialah mestilah bertali leher.

“Oleh itu, saya minta pegawai-pegawai terutamanya ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak memakai tali leher agar mematuhi aturan mesyuarat dan urusan dewan,” katanya pada sidang DUN di sini hari ini.

Sambil merujuk kepada Perkara 14(2) Perintah Tetap DUN Perak berkaitan pakaian, beliau menegaskan, ahli-ahli Yang Berhormat boleh memakai pakaian kebangsaan, sut urusan atau pakaian lain yang diputuskan oleh Yang Dipertua pada hari persidangan biasa di mana bukan berkaitan Hari Kalung iaitu pada istiadat pembukaan rasmi.

“Kalau rumah lain atau Dewan Rakyat, mungkin memutuskan kaedah yang lain tetapi rumah ini (DUN Perak) dan Speaker yang ini, kita menetapkan kalau pakai suit urusan mestilah memakai tali leher.

“Jadi saya minta dalam tempoh yang berbaki hari ini, ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak mahu sebut (namanya) atau pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya minta supaya menghormati keputusan dewan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI