fbpx

Netflix ketatkan peraturan kongsi kata laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netflix menjelaskan bahawa akaun Netflix hanya boleh digunakan oleh seisi rumah sahaja. - Foto AFP

LOS ANGELES – Perkhidmatan penstriman video, Netflix mengumumkan bahawa akaun pengguna tidak boleh dikongsi secara percuma di luar rumah mereka, lapor akhbar The Guardian semalam.

Syarikat itu mencari pelbagai cara baharu untuk menjana wang kerana ia menghadapi tanda-tanda ketepuan dalam pasaran termasuk menghadkan peminjaman kata laluan dan pilihan sokongan iklan.

Netflix berkata, ia menghantar e-mel mengenai perkongsian akaun kepada para pelanggan di 103 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Australia, Singapura, Mexico serta Brazil.

E-mel tersebut menyatakan bahawa akaun Netflix hanya boleh digunakan oleh satu isi rumah namun, pelanggan berbayar boleh menambah ahli pengguna di luar rumah mereka dengan membuat bayaran tambahan. 

Pada tahun lalu, Netflix berkata, ia akan mengehadkan perkongsian akaun dan sedang menguji pelbagai pendekatan dalam pasaran.

Syarikat itu menganggarkan lebih 100 juta isi rumah telah memberikan kata log masuknya kepada rakan dan keluarga di luar rumah mereka. 

Sehingga akhir Mac lalu, pelanggan berbayar Netflix berjumlah 232.5 juta di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI