fbpx

Kesedihan paling tepat ‘tak segampang itu’ – Anggi Marito

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGI MARITO

PENYANYI muda yang berbakat besar, Anggi Marito kembali memeriahkan industri muzik dengan single terbaharu yang bertajuk Tak Segampang Itu, sekali gus single keduanya sebagai penyanyi profesional.

Sebelum ini, Anggi Marito merupakan peserta pencarian bakat Indonesian Idol musim ke-11, pernah muncul dengan single pertama berjudul Cara Cintamu bawah label Universal Music Indonesia yang menjadi titik tolak permulaan kariernya dalam bidang nyanyian.

Menerusi single keduanya, Tak Segampang Itu, Anggi Marito kembali menyajikan muzik pop balada sebagai warna dan genre muzik yang dibawa, selain mengangkat kisah percintaan sebagai tema.

Untuk lagu ini juga, Anggi Marito bekerjasama sekali lagi dengan komposer yang pernah menghasilkan lagu sulungnya iaitu, Mario G Klau.

Menariknya lagi, Anggi Marito turut berkolaborasi bersama pemuzik senior terkenal iaitu Tohpati untuk memberi sentuhan magis terhadap lagu tersebut.

“Saya tidak pernah terfikir bahawa saya sebenarnya akan bekerja dengan Mario lagi, tetapi secara jujur, saya sangat menyukai lagu kedua ini.

“Bermula dari lirik yang mudah difahami dan manis.

“Lagu Tak Segampang Itu menceritakan tentang seseorang yang belum boleh melupakan bekas kekasihnya. Walaupun ada orang baru yang datang dan dianggap sempurna, tetapi tidak boleh diterima kerana masih ada bayangan bekas kekasihnya itu,” ujar Anggi Marito.

ANGGI Marito berharap lagu Tak Segampang Itu boleh dikaitkan dengan ramai orang dan menjadi inspirasi kepada pendengar.

Jelasnya lagi, meskipun hasil akhir lagu Tak Segampang Itu ini sangat baik dan sedap untuk didengari, namun terdapat beberapa perkara yang amat mencabar dalam proses pembikinannya..

“Salah satu kesulitan yang saya hadapi dalam lagu ini adalah bagaimana untuk menghayatinya.

“Kisah dalam lagu ini yang sangat menyayat hati menjadi cabaran untuk saya meletakkan ‘kesedihan’ paling tepat. Itu yang sukar,” tambah Anggi.

Justeru, kebolehan Tohpati dalam menyusun lagu tidak perlu diragukan lagi apabila beliau menggunakan gabungan alat piano dan string section yang menjadi pemanis dalam setiap not dinamik yang dihasilkan.

Tambahan pula, perwatakan dan kualiti Anggi Marito dalam menterjemah setiap not lagunya membuatkan karya itu lebih enak dan sedap untuk didengari.

Beralih kepada video muzik pula, single Tak Segampang Itu mengetengahkan konsep ‘lipsync’ yang dilakonkan oleh Anggi Marito dan Axel Mattew dan diarahkan oleh Prialangga.

Konsep ‘lipsync’ mengambil set luar studio dengan lanskap alam dan busana yang konseptual selain menyajikan suasana ala-ala drama Korea.

PERNAH muncul dengan single pertama, Cara Cintamu, lagu kedua Tak Segampang itu diharap memberi momentun buat karier seni Anggi Marito.

“Ceritanya sangat menarik, kisah cinta mereka berdua sebenarnya sudah berakhir, malah Anggi sudah sedaya upaya mencari pengganti tetapi gagal” kata Prialangga mengulas lanjut perihal video muzik tersebut.

Anggi Marito berharap lagu berkenaan boleh dikaitkan dengan ramai orang serta menjadi jawapan selain inspirasi kepada pendengar.

“Ada tiga sebab kenapa lagu ini harus didengarkan. Pertama, lagu ini pastinya boleh dikaitkan dengan ramai orang.

“Kemudian, lagu ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati gelora mengenang kekasih. Akhir sekali, lagu ini mudah untuk diingati dan akan melekat di fikiran anda,” ujar Anggi.

Lagu Tak Segampang Itu telah keluarkan sejak 2 November tahun lalu dan boleh didengar menerusi semua platform digital. Video muziknya pula boleh dinikmati dalam platform YouTube rasmi Anggi Marito.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI