fbpx

Ponteng kerja antara kesalahan ‘popular’ dibuat penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal Rahim (dua kiri) beramah mesra dengan calon ketika meninjau proses temuduga calon dalam perkhidmatan awam selepas Majlis SPA bersama media di Kompleks F, Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA -Tidak hadir bertugas dan ponteng kerja dilaporkan menjadi antara punca ‘paling popular’ menyebabkan segelintir penjawat awam yang sedang dalam perkhidmatan dikenakann tindakan tatatertib antara tahun 2020 hingga 2022.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, kesalahan itu dilihat antara yang paling popular di mana ada penjawat awam yang ponteng kerja sehingga berpuluh hari.

“Berdasarkan statistik, pada tahun 2020, sebanyak 117 dikenakan tindakan tatatertib, manakala sebanyak 83 (2021) dan 51 (2022).

“Paling popular ialah ponteng kerja dan tidak hadir bertugas di mana ada yang satu hari, dua hari, tujuh hari serta berpuluh hari. Ada juga ikut bulaanan termasuk cuti tahun tanpa diketahui.

“Perkara ini tidak patut berlaku dalam perkhidmatan awam kerana kita telah bekalkan tatacara dan tata kelola hadir bertugas serta menyeru untuk patuh peraturan demi kebaikan anggota serta kemajuan perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.

Katanya, ketua jabatan atau lembaga tatatertib di setiap kementerian dan jabatan terlibat juga berperanan mengambil tindakan bersesuaian selepas kes tersebut dibawa kepada mereka.

“Selalunya, hukuman paling rendah kita akan beri surat amaran diikuti paling akhir iaitu menurunkan pangkat atau buang kerja. Bagi tindakan buang kerja ia melibatkan jenayah dan dadah,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, bagi urusan statistik tahan kerja pula, sebanyak 97 kes dilaporkan bagi tempoh tiga tahun iaitu pada 2020 hingga 2022.

“Sementara itu, sejumlah sembilan kes telah digantung kerja pada 2020, manakala 10 kes untuk 2021 dan 14 kes bagi tahun berikutnya.

“Untuk rayuan tatatertib pula, sebanyak 284 kes direkodkan pada 2020 selain 314 pada 2021 serta 498 pada 2022,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI