fbpx

Pengurus pemasaran diraba dalam taman tema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung seorang pengurus pemasaran wanita diraba semasa berada di sebuah Taman Tema Air di daerah ini, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku pada 13 Mei lalu ketika mangsa berusia 28 tahun berkunjung ke taman tema itu bagi menyambut ulangtahun bersama kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa kira-kira 10.30 pagi pada Khamis lalu .

Ahmad Ridhwan berkata, kejadian dikatakan berlaku semasa mangsa menuruni sebuah gelonsor di taman tema itu.

“Mangsa telah ditarik seseorang semasa sampai di kolam itu sebelum disentuh di bahagian badan serta dada. Semasa insiden berlaku, mangsa masih berada dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Justeru, Ahmad Ridhwan meminta mana-mana individu atau saksi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI