fbpx
RAMAi warga Rohingya kini selesa menjalani kehidupan dan mencari rezeki di Malaysia sementara menunggu kelulusan berhijrah ke negara ketiga.

Malaysia umpama syurga buat kami – Etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pela­rian Rohingya dikatakan sanggup mengeluarkan wang simpanan hasil berkebun di negara asal mereka semata-mata untuk datang ke negara ini terutamanya Pulau Pinang yang disifatkan sebagai lubuk rezeki dan selamat untuk didiami.

Malah, ada pelarian Rohingya yang tidak kisah untuk me­nunggu berpuluh tahun lamanya untuk berhijrah ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat.

Untuk rekod, setakat tahun lalu, etnik Rohingya kekal mencatatkan jumlah pelarian paling ramai di Malaysia iaitu melebihi 200,000 orang.

Seorang pelarian Rohingya, Yunos Sayyid Akbar, 48, berkata, disebabkan tertarik untuk memulakan kehidupan baharu di Malaysia, dia sanggup mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM4,000 untuk dibayar kepada sindiket pada tahun 2001.

“Sebelum saya datang ke sini (Pulau Pinang), kawan-kawan ada cakap kemanusiaan di Malaysia ini baik, terjamin. Lagipun, banyak peluang pekerjaan ada di sini dan kami tidak perlu risau,” katanya yang sudah tinggal di negara ini selama 22 tahun lalu.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, meskipun gembira tinggal di negara ini, dia tidak pernah melupakan Myanmar walaupun belum berkesempatan pulang ke negara asalnya itu.

“Saya tahu saya tidak boleh tinggal lama di sini. Lagipun, sudah lebih 10 tahun saya memohon untuk pergi ke negara ketiga, namun belum diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pela­rian (UNHCR),” katanya.

ETNIK Rohingya terpaksa bergadai nyawa dan wang ringgit semata-mata untuk mencari perlindungan di negara luar.

Sementara itu, bagi Norul Islam, 50, pula, sejak tinggal di Pulau Pinang lebih 10 tahun lalu, dia tidak perlu bimbang akan ke­selamatan keluarganya termasuk daripada ancaman pihak berkuasa di negara asalnya.

“Malaysia sebuah negara yang aman dan umpama ‘syurga’ buat kami. Saya mengaku bahawa kami semua sangat terhutang budi dengan Kerajaan Malaysia kerana membenarkan kami tinggal di sini.

“Namun, sikap segelintir warga Rohingya yang membuat onar di negara ini telah memberi tempias negatif kepada warga lain yang benar-benar ingin mencari rezeki di sini,” katanya.

Abdul Syukor Mohamad Hussain, 53, pula berharap agar kemelut yang melanda warga Rohingya di negara ini dapat di­selesaikan secara baik.

“Kami sayangkan Malaysia dan negara ini sudah seperti negara kedua kami, tetapi nasib kami seperti sebiji bola. Orang tendang sesuka hati.

“Kalau boleh balik ke negara asal, memang kami akan balik dan tak akan menyusahkan sesiapa lagi,” kata bapa kepada empat orang anak itu yang telah tinggal di negara ini sejak 34 tahun yang lalu.

Tambah Abdul Syukor, rata-rata pelarian Rohingya khusus­nya di Pulau Pinang memang memiliki kad UNHCR dan terpaksa bekerja kerana tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak yang berkenaan.

“Untuk pengetahuan juga, kami bukan seronok-seronok mahu tinggal di sini kerana ramai antara kami yang masih ada keluar­ga di Myanmar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN