fbpx

Kanye West makin bahagia dengan isteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANYE WEST dan BIANCA CENSORI

PENYANYI rap terkenal Kanye West kini dibuai bahagia selepas berkahwin dengan isteri baharunya, Bianca Censori sejak awal tahun 2023.

Memetik laporan Mirror, West dilaporkan sentiasa bersama isterinya dan kelihatan sangat bahagia apabila tidak lepas daripada memegang tangan wanita asal Melbourne, Australia itu.

Menerusi beberapa keping foto yang sempat dirakam paparazzi baru-baru ini, kelihatan pasangan itu sedang berjalan-jalan selepas selesai menikmati makan malam di sebuah restoran masakan Itali.

Ketika berjalan berdua, penyanyi berusia 45 tahun itu dilihat memegang erat tangan Censori sambil berbual mesra.

Sesekali, kelihatan pasangan itu ketawa riang, sekaligus mempamerkan kebahagiaan mereka.

Menurut sumber terdekat, West kini sedang menikmati hari-hari yang indah dan tidak pernah menyesal apabila membuat keputusan mengahwini Censori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI