fbpx

Ejen judi online, pengawal peribadi berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEBANAHSOK dan Patrick dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengurus syarikat, dua minggu lalu. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Gara-gara berang dengan mulut celopar individu menegur saiz payudara, seorang ejen judi dalam talian dan pengawal peribadi berdepan hukuman mati selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengurus syarikat dua minggu lalu.

Tertuduh, A. Deebanahsok, 27, dan Patrick Chu Chee Guan, 36, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama didapati melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki seorang lelaki, M. Sandrasekeran, 33.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 3.30 pagi hingga 4.30 pagi di Jalan 3/25 Taman Kenanga dalam daerah Melaka Tengah, 9 Mei lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha, manakala tertuduh diwakili Peguam, Mathan Anandaram.

Mahkamah kemudian menetap tarikh 30 Jun ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pengurus syarikat mati ditikam dalam satu pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mulut celopar mangsa menegur saiz payudara pelanggan wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Kejadian dikatakan berlaku selepas si mati yang dalam keadaan mabuk telah datang ke kedai berkenaan untuk makan dan minum bersama rakannya sebelum menimbulkan kekecohan.

Polis kemudian menahan reman sembilan individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI