fbpx

40 kapal tentera laut tunjuk ‘kehebatan’ di LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tentera laut termasuk daripada TLDM akan mempamerkan kehebatan di LIMA’23 minggu depan.

LANGKAWI – Sebanyak 40 buah kapal tentera dan agensi penguat kuasa negara ini serta tentera laut asing terlibat dalam segmen maritim pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang berlangsung minggu hadapan.

Bagi segmen itu, sebanyak 26 kapal dari Malaysia melibatkan 20 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga kapal Ma­ritim Malaysia, dua milik Jabatan Laut Malaysia dan sebuah aset Polis Diraja Malaysia.

Penyertaan bagi kapal tentera laut asing pula adalah dari Amerika Syarikat, Itali, Pa­kistan, China, India, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Brunei.
TLDM menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik dalam segmen itu yang berlangsung di Resort World Langkawi bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dari 23 hingga 27 Mei ini.

“Saksikan juga persembahan kawad senyap dan pancaragam TLDM pada 23 Mei ini iaitu dari pukul 12.30 tengah hari hingga 1 tengah hari dan 4 petang hingga 4.30 petang yang mana masuk adalah percuma,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Asmahani Zahari, 33, selain pertunjukan udara, dia juga tidak sabar untuk membawa keluarga melihat pertunjukan dan pameran maritim.

“Seronok bawa anak-anak lihat dan belajar tentang aset pertahanan negara dan luar negara.

“Memang rasa mengagumkan lihat kapal tentera yang besar dan gah,” katanya di sini semalam.

Seorang pengunjung, Muhammad Rashid Ahmad, 38, berkata, dia baru tiba di Langkawi dan merupakan kali pertama hadir pada LIMA.

“Teruja nak dengar deruman pesawat tempur, selain kapal perang,” ujarnya.

KAPAL tentera laut termasuk daripada TLDM akan mempamerkan kehebatan di LIMA’23 minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI