fbpx

Ikmal Amry tak iri hati dengan Mierul Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKMAL mengakui mengagumi kualiti lakonan Mierul.

PETALING JAYA — Pelakon tampan, Ikmal Amry menepis dakwaan segelintir pihak kononnya dia menyimpan iri hati melihat kejayaan pelakon baharu seperti Mierul Aiman.

Perkara itu dilayangkan kepada Ikmal apabila terdapat pihak yang mendakwa nama Ikmal kian memudar sejak aktor berusia 29 tahun itu mendirikan rumah tangga selain kemunculan bakat baharu dalam industri seni tanah air.

Bagaimanapun, Ikmal yang juga produk keluaran Hero Remaja itu menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar sebaliknya dia bangga melihat industri seni tanah air dimeriahkan dengan kehadiran bakat-bakat baharu yang berkualiti.

“Cemburu? Tidak pun tetapi gembira sebab ada pelapis macam dia dan bangga lihat pelakon baharu ada keinginan besar macam itu.

“Saya sendiri nak jumpa dengan Mierul untuk kongsi dan tanya tentang pengalaman dia belakon sehingga mampu berlakon sebagus itu.

“Memang tiada langsung rasa iri hati dengan kejayaan dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, walaupun masih dalam proses belajar untuk meningkatkan lagi kualiti lakonan, dia tidak kisah untuk belajar dan berkongsi ilmu dengan pelakon senior mahupun junior dalam industri.

“Saya jujur dengan diri sendiri. Saya pun masih belajar dan bukan dilahirkan sebagai seorang yang sudah ada bakat lakonan.

“Walaupun terpaksa belajar (teknik lakonan) dengan pelakon junior, kalau dia lebih bagus, mengapa tidak,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI