fbpx

Sami bunuh, bakar 18 ekor kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Phra Kim mengaku bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang sami di Thailand mengaku bersalah memukul hingga mati berpuluh-puluh ekor kucing yang diperoleh menerusi laman Facebook, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Bangkai 18 ekor kucing yang dibakar ditemui di dalam lubang di belakang sebuah wat di wilayah Chachoengsao, tempat sami itu tinggal.

Pertubuhan hak haiwan iaitu Yayasan Pengawas Thailand (WDT) melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Phra Phonnai Ketkaew atau Phra Kim, 23, dilaporkan menghubungi pengguna Facebook bernama Panipa Kongrod untuk mengambil empat ekor kucingnya yang mencari pemilik baharu.

Ketika Panipa membawa kucing-kucing itu ke wat, sami-sami lain memberi amaran kepadanya supaya tidak meninggalkan haiwan itu bersama Phra Kim.

Mereka mendakwa bahawa Phra Kim tidak mencintai haiwan dan melihat sami itu memukul lima ekor kucing hingga mati dan membakarnya sebelum ini.

Phra Kim dikatakan mengambil berpuluh-puluh ekor kucing sejak dua tahun lalu, namun semuanya hilang. Mereka menganggarkan suspek telah mengambil 80 ekor kucing kesemuanya.

Pegawai WDT yang mengunjungi kuil itu berjaya menyelamatkan dua ekor kucing, namun menemui bangkai 18 ekor kucing yang ditanam di belakang wat.

Polis membawa Phra Kim ke Balai Polis Bang Pakong untuk disoal siasat sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kes itu. Mereka mendakwanya kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI