fbpx

Peruntukan ditambah, kerja baik pulih asrama Semadah dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim ketika meluangkan masa melawat bangunan asrama yang terbakar di SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Sail, Kampung Gaing Pedas, Negeri Sembilan, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail (Semadah) yang terbakar Julai ditambah menjadikan keseluruhan nilai RM3.89 juta.

Sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Sehubungan itu kata Anwar, pihaknya mahu kerja-kerja baik pulih berkenaan dipercepatkan bagi memberi keselesaan kepada pelajar, guru dan pentadbiran sekolah.

“Saya difahamkan (peruntukan asal) RM3 juta tetapi melihat keadaan asrama dan bumbung kelulusan khas dipercepatkan, proses fast track. Peruntukan yang diumumkan sebelum ini akan ditambah kepada RM 3.89 juta,” katanya.

Terdahulu, Anwar melawat sekolah berkenaan ditemani Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perdana Menteri berkata, peruntukan RM310,000 turut diberikan kepada sekolah berkenaan bagi memperbaiki bilik guru dan surau.

“Keperluan mendesak, tetapi terima kasih kerana kecekalan pengetua dan rakan-rakan pendidik serta anak-anak dapat menaikkan kedudukan sekolah menjadi antara sekolah mencatat keputusan cemerlang.

“Sekolah ini tidak daif, dari segi prasarana sangat sederhana, kalau tengok asrama keseksaan luar biasa. Kemudahan agak minima tetapi masih mampu kerana komitmen dan dedikasi mereka sehingga jadi sekolah cemerlang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI