fbpx

Ningning Aespa dikecam pakai baju ‘see-through’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NINGNING

Kemunculan anggota kumpulan Aespa, Ningning dalam sebuah program muzik baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila bertindak berani mengenakan pakaian yang jarang sehingga menampakkan baju dalamnya.

Foto kumpulan popular itu telah disiarkan ketika mereka bergambar di hadapan dinding di Inkigayo.

Pada mulanya, ramai peminat teruja melihat empat gadis itu mempamerkan visual luar biasa mereka ketika mereka membuat kemunculan semula ke pelbagai program muzik dengan mini album ketiga mereka, My World.

Selepas melihat lebih dekat, ramai netizen dapat melihat pakaian Ningning yang agak mencolok mata dan memulakan perdebatan sama ada pakaiannya sesuai atau tidak untuk program rancangan muzik arus perdana.

Perkara tersebut terus berbangkit apabila netizen tertanya-tanya mengapa penyelaras gaya kumpulan itu tergamak memakaikan Ningning dengan busana sedemikian rupa.

“Mengapa dia (Ningning) berpakaian seperti itu? Tidakkah dia berasa malu berpakaian seolah-olah pakaian dalam, penata gayanya harus dipersalahkan,” memetik antara komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI