fbpx

F1: GP Emilia Romagna dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENCANA banjir yang melanda kawasan sekitar Imola menyebabkan perlumbaan GP Emilia Romagna hujung minggu ini terpaksa dibatalkan. – AFP

IMOLA – Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Imola yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini terpaksa dibatalkan gara-gara banjir selepas hujan lebat sejak Selasa lalu.

Meskipun paddock dan litar tidak terkesan dengan banjir tersebut, namun jaringan pe­ngangkutan serta penduduk tempatan terjejas teruk, sekali gus memaksa perlumbaan itu dibatalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dibuat bersama promoter tempatan selain enggan menjadi beban kepada pihak berkuasa.

“Ini adalah satu tragedi yang kita tidak mahu ia berlaku. Ini adalah bandar dan kawasan di mana saya membesar, jadi saya bersimpati dengan semua orang yang terlibat dengan banjir ini.

“Saya menghargai jabatan kecemasan yang bertungkus-lumus memberi bantuan kepada orang memerlukan. Mereka adalah wira kerana cuba untuk meredakan tekanan dihadapi oleh semua mangsa,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem berkata, tindakan membatalkan perlumbaan di Imola adalah langkah tepat kerana keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

“Keselamatan semua orang serta operasi menyelamat adalah menjadi keutamaan pada ketika ini, jadi keputusan batalkan perlumbaan satu langkah tepat. Saya mendoakan keselamatan kepada semua yang terlibat,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI