fbpx
MENITI usia 54 tahun, Jennifer Lopez membuktikan angka itu tidak lebih sekadar digit pertambahan hayat. Dia kekal antara jelitawan dambaan ramai. Naskhah The Mother pula mengukuhkan lagi portfolio dan relevansi wanita dengan jolokan JLo itu di mata dunia.

Jennifer Lopez ‘hot’ mama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK filem The Mother mula memasuki Neftlix 12 Mei lalu, naskhah tersebut pantas menjadi perbincangan hangat dalam kalangan peminat filem aksi antarabangsa.

Naratif mencengkam rasa dengan barisan pelakon hebat menjadikan naskhah berdurasi sekitar dua jam tersebut sudah mencatat rating tertinggi dengan menduduki carta pertama dalam Neftlix.

Tidak dapat diragukan, kehadiran Jennifer Lopez sebagai bintang utama naskhah tersebut melonjakkan lagi keterujaan para peminat, sekali gus menjadi nilai tambah untuk naskhah berkenaan berbaloi ditonton.

SELAIN The Mother, JLo atau nama sebenarnya Jennifer Lynn Lopez telah beberapa kali membawakan watak wanita dengan kemahiran bela diri, antaranya, Shotgun Wedding, Parker, Money Train dan banyak lagi.

Jennifer Lopez mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan seawal usia 16 tahun. Dia bermula dengan peranan kecil dalam filem My Little Girl (1986).

Dari situlah titik tolak permulaan selebriti serba boleh itu dalam dunia lakonan dengan membawa pelbagai watak dengan jayanya.

Malah, kejayaannya tidak terhenti di situ apabila namanya kian memuncak dek bakatnya bukan sahaja lakonan bahkan nyanyian, selain menjadi ikon fesyen ternama.

Bercakap tentang watak dalam The Mother, naskhah berkenaan bercerita tentang kehidupan seorang ibu tunggal bersama anak perempuan. Demi melindungi anaknya, dia memilih pendekatan hidup dalam penyamaran dan bersembunyi daripada kehidupan sebenarnya.

Di sebalik peranannya sebagai seorang ibu, ternyata, JLo juga memiliki pekerjaan sebagai seorang pembunuh upahan.

Pada usia 54 tahun, watak tersebut kelihatan mencabar kekuatan fizikal Jennifer.

SETAKAT ini, Jennifer Lopez masih satu-satunya wanita yang mempunyai filem dan album nombor satu secara serentak di Amerika Syarikat.

Latihan

Akui wanita dengan jolokan JLo itu, watak tersebut, menuntut kemahiran dan ketangkasannya bukan sahaja untuk babak pertarungan fizikal bahkan perlu cekap menggunakan senjata api.

“Saya terpaksa berlatih selama berminggu-minggu untuk menyempurnakan koreografi pertarungan dan cara mengendalikan senapang sniper.

“Jujurnya, terdapat banyak perkara berbeza yang saya perlu benar-benar kuasai,” ujarnya dalam temu bual sebuah saluran Youtube.

Kebolehan menari juga menjadi antara kelebihan JLo menjayakan segala tuntutan koreografi pertarungan dalam filem tersebut.

“Menjadi penari benar-benar membantu saya untuk mempelajari teknik koreografi pertarungan baharu.

“Untuk kelihatan seperti saya tahu betul-betul cara melakukannya, saya benar-benar perlu menguasai kedudukan dan pergerakan badan.

“Semuanya saling berkait antara satu sama lain. Saya perlu tahu semua pergerakan, contohnya, di mana perlu letakkan kaki, bagaimana hendak jatuhkan badan tanpa terluka dan banyak lagi.

JENNIFER Lopez merupakan satu-satunya wanita yang diundi sebanyak dua kali sebagai Wanita Paling Seksi di Dunia.

“Semua itu seperti mempelajari gerakan tarian atau langkah menari, semua perlu tertib,” katanya.

Latihan fizikal dan segala komitmen yang dicurahkan bagaimanapun bukan satu bebanan.

JLo sebaliknya berasa seronok menjayakan watak serba mencabar itu meskipun perlu bersiap sedia dengan pelbagai latihan yang memenatkan.

“Sebenarnya, saya perlu akui bahawa watak ini sangat menyeronokkan untuk dijayakan.

“Namun, perlu akui juga, sangat payah dan memenatkan. Watak ini memerlukan banyak adrenalin. Secara automatik, semuanya melonjakkan adrenalin penonton juga,” katanya

Sebelum The Mother, JLo atau nama sebenarnya Jennifer Lynn Lopez telah beberapa kali membawakan watak wanita dengan kemahiran bela diri, antaranya, Shotgun Wedding, Parker, Money Train dan banyak lagi.

BIARPUN sudah mencecah usia 54 tahun, Jennifer masih menjadi pilihan pengarah untuk membawakan watak utama.

Cinta bertaut kembali

Selain sedang sibuk dalam rangka mempromosikan naskhah The Mother, umum dipanaskan juga dengan sensasi penyatuan semula cintanya bersama bintang Hollywood, Ben Affleck selepas 17 tahun berpisah.

Mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama sejak JLo memutuskan pertunangan dengan bekas pemain besbol New York Yankees, Alex Rodriguez.

Bermula dengan kehangatan yang kembali berputik, pasangan yang pernah berdepan dilema cinta dan perasaan selama hampir 20 tahun itu akhirnya melangsungkan perkahwinan secara ringkas di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Julai lalu.

“Kami lakukan akhirnya. Cinta itu indah. Cinta itu amat baik dan an cinta juga akhirnya bertukar menjadi kesabaran selama 20 tahun sabar menanti,” ujar JLo dalam kapsyen perkongsian gambar-gambar perkahwinannya.

Cuma baru-baru ini, suhu hubungan JLo dan Affleck dikatakan seperti kembali tidak seiringan apabila dilihat seperti bergaduh mulut ketika hadir di karpet merah tayangan filem The Mother.

Tidak berpanjangan, aktres itu rupa-rupa cuba ditenangkan si suami tentang busana pakaiannya yang dirasakan tidak bersesuaian, walhal semuanya okey sahaja. Mereka juga pernah dilibat agak tegang ketika berada dalam Anugerah Grammy, Februari lalu.

JLO dan Ben Affleck kini kembali memadu kasih selepas hampir 20 tahun membawa haluan masing-masing.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN