fbpx

Aaron Aziz pesan hati-hati dengan ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron menitipkan pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan haiwan berbisa seperti ular terutama ketika cuaca kurang menentu sekarang.

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Aaron Aziz menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika berdepan musim panas kerana berisiko terdedah dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Aaron atau nama lengkapnya Aaron mustapha Aziz berkongsi sebuah video menunjukkan seekor ular tedung sedang ‘berteduh’ di dalam kasut.

“Kepada sesiapa yang selalu letak kasut diluar (rumah) dan berdekatan dengan hutan, tolong berhati-hati.

“Letak kasut dalam rumah. Musim panas haiwan berdarah sejuk akan cari tempat berteduh. Semoga Allah SWT lindungi kita daripada segala bahaya. Amin,” tulisnya.

Aaron ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, kejadian tersebut bukan dialami olehnya tetapi berlaku di kawasan tempat tinggalnya.

“Bukan berlaku ke atas saya. Tapi terjadi di kawasan tempat tinggal saya. Belakang rumah saya dulu hutan (sebelum dibangunkan).

“Memang dah banyak kes rumah masuk ular. Tapi bukan rumah saya,” katanya.

Sekadar maklumat, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran dalam Facebook miliknya memberitahu, peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan binatang seperti ular keluar untuk mencari tempat perlindungan di kawasan lembap.

Antara tempat yang berisiko adalah di dalam tandas, bilik stor yang gelap, bilir tidur, almari baju dan di dalam rak kasut.

Ular yang bersaiz kecil pula lebih cenderung memilih kasut sebagai tempat berlindung.

Sebelum ini, Aaron pernah mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila berkongsi video dirinya meletakkan haiwan berbisa di atas sangkar kucing yang sebenarnya merupakan konten sebuah penerbitan produksi – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI