fbpx

KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

MELAKA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan 10 prakarsa yang menjadi fokus baharu Kementerian Pendidikan (KPM) sempena Sambutan Hari Guru 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kesemua prakarsa itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

10 prakarsa tersebut adalah;

1. Penambaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.

2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

3. Perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.

4. KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sewaktu bertugas.

6. Pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru.

7. Mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.

8. Mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI