fbpx

Jumpa ibu kandung selepas terpisah 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @marwanhariri13 di akaun TikToknya

PETALING JAYA – Seorang lelaki menyentuh hati ramai pihak apabila memuat naik video dirinya kembali berjumpa dengan ibu kandung yang terpisah selama 28 tahun.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @marwanhariri13, difahamkan mereka terpisah antara dua negara iaitu Malaysia dan Satun, Thailand.

Jelas lelaki itu, ibunya berkahwin dengan ayahnya yang menetap di Kodiang, Kedah ketika sedang bekerja sebelum pulang ke negara sendiri untuk melahirkan adiknya.

“Alhamdulillah.. syukur. Penantian selama 28 tahun. Ramadan terindah. Pelukan seorang ibu yang ditagih sekian lama akhirnya Allah izinkan juga.

“Allah makbulkan segala doa. Tak terkata apa yang telah berlaku untuk keluarga kami. Allah permudahkan segalanya untuk ketemu syurga diri ini. Terima Kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan keluarga.

“Tahun yang penuh makna dapat beraya dengan ibu. Nikmat apa yang ingin didustakan lagi. Syukur pada Yang Maha Esa,” tulis lelaki itu pada kapsyen videonya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terharu melihat video tersebut dan ada juga berharap dapat bertemu keluarga kandung masing-masing yang sudah lama terpisah.

“Allahuakbar tiada seorang ibu pun yang sanggup berpisah dengan anak-anak melainkan keadaan yang memaksa demi kebahagiaan anak-anaknya. Sedihnya,” komen Haza.

“Terasa sebak dan sayu. Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa dengan ibu tercinta. Padamkan memori lama, bukalah lembaran baru,” komen Rosdi.

“Doakan saya dipertemukan dengan anak kandung saya. Kini usianya sudah 17 tahun,” komen seorang pengguna yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1 juta tontonan, 64,000 tanda suka dan 2,691 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI