fbpx

Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI mencetuskan tanda tanya apabila melemparkan satu sindirian pedas yang ditujukan kepada seseorang menerusi Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Rita Rudaini mencetuskan tanda tanya khalayak apabila melemparkan satu sindiran pedas kepada individu ‘tidak bernama’ menerusi laman sosialnya.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, adalah penting untuk seseorang itu memilih pasangan hidup yang tepat agar tidak menyesal pada kemudian hari.

“Sebab itu pilih orang keliling atau pasangan kita itu penting.

“Kalau keliling atau sebelah kita hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau itu dekat kita.

“Bila hati kau dah membusuk dan berulat, babi hutan depan kau pun, kau nampak macam british short hair (kucing baka mahal),” coretnya penuh sinikal menerusi InstaStory.

Rita, 47, menemplak mana-mana individu dimaksudkan yang mempersoalkan kewarasan diirnya berkongsi perihal kehidupannya dalam media sosial.

“Bila kau dah bertahun-tahun buat tahi pun kau rasa kau tak pernah salah, maknanya, kau ada masalah hati.

“Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah. Kalau kau boleh kongsi life (hidup) di media sosial, kenapa nak pertikai apa yang aku kongsi?

“Aku pun ada hidup yang aku rasa ‘suka hati aku nak kongsi atau tidak’. Ke ada sesuatu yang tak selesai, sampai kau terkesan,” soal pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu.

Rita pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan bekas pengulas sukan TV3, Akbar Shaari. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun bercerai September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI