fbpx

Wanita tua ditangkap bersama suami rupanya isteri kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita muda tidak menyangka seorang perempuan tua ialah isteri sah kepada suaminya. - Foto Instagram

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang isteri menangkap suaminya ketika menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita tua tetapi dia sebenarnya merupakan pasangan lelaki berkenaan yang sah, lapor portal berita Pikiran Rakyat hari ini.

Rakaman video mengenainya disiarkan  dalam akaun TikTok, @Layla_magnoon dan wanita tua tersebut menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara.

Si isteri itu dikenali sebagai Layla mengetahui hubungan suaminya dengan wanita tua tersebut setelah mendapatkan maklumat mengenai mereka berdua melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.

Si isteri menyangka wanita tua itu adalah kekasih gelap suaminya.

Ketika kejadian, wanita tua itu pula  tidak tahu bahawa wanita muda yang datang ialah madunya. 

Pertengkaran berlaku antara wanita muda dengan perempuan tua tersebut sehingga akhirnya status sebenar mereka terbongkar. 

Bagaimanapun, kata  Layla, dia hairan kerana suaminya memilih wanita tua sebagai isteri kedua. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI