fbpx

Kerajaan Perpaduan perlu fokus 4 asas rakyat untuk kekal mentadbir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu memberi fokus terhadap empat perkara asas rakyat sekiranya mahu kekal mentadbir negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, mana-mana pihak yang mentadbir sebagai kerajaan perlu bersedia untuk menyelesaikan empat perkara asas dalam kehidupan rakyat tersebut.

“Apabila kita cerita soal ekonomi rakyat, apa yang rakyat nak? Rakyat nak empat perkara asas utama.

“Sesiapa yang jadi kerajaan kalau tidak boleh selesaikan empat masalah rakyat ini, mereka tidak boleh kekal mentadbir,” katanya semasa sesi dialog dalam memperkasakan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Menurut Johari yang juga bekas Menteri Kewangan menjelaskan, perkara asas yang pertama adalah semua rakyat mahukan sumber makanan yang mencukupi.

“Tidak kira sama ada mereka ini datang daripada golongan T20, M40 atau B40, mereka perlukan makanan. Kerajaan kena pastikan pembekal makanan yang mencukupi supaya kita tidak lagi mengalami masalah kekurangan bekalan bahan mentah.

“Kedua, rakyat nak tengok bagaimana sesebuah kerajaan itu memberi kualiti pendidikan sama ada sekolah  rendah,menengah, universiti atau Pusat Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Selepas rakyat dapat kualiti pendidikan, rakyat mahukan peluang pekerjaan, tak guna kita ada pendidikan, ramai orang keluar universiti menganggur,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat mengharapkan kerajaan yang mentadbir menyediakan lebih banyak rumah-rumah mampu milik untuk keselesaan kehidupan mereka.

“Kalau dulu rakyat menyewa, kini mereka mahu ada rumah sendiri dan peranan kerajaan perlu sediakan rumah yang dicari-cari golongan B40,” ujarnya, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI