fbpx

Nelayan warga Thailand ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat nelayan warga Thailand ditemui terapung di perairan Pulau Telur, Yan, pagi tadi.

YAN – Seorang nelayan warga Thailand yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke laut sejak Khamis lalu ditemuI lemas di perairan Pulau Telur pada pukul 8.40 pagi tadi.

Mangsa, Dongbagee Tingsa, 33, ditemui terapung sepasukan nelayan yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan itu sebaik operasi disambung pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, jarak penemuan mangsa dengan tempat dipercayai terjatuh ke laut pada pukul 2.25 petang Sabtu lalu ialah lebih kurang dua batu nautika.

” Sebaik menyambung semula operasi SAR pagi tadi beberapa buah bot nelayan tempatan yang menyertai operasi menemui mayat mangsa yang lengkap berpakaian terapung berhampiran Pulau Telur.

” Mayat mangsa kemudian dihantar untuk proses pengecaman, saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan hasil bedah siasat dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahnaz, sebaik penemuan mangsa, pihaknya menamatkan operasi SAR yang membabitkan seramai 24 anggota penyelamat terdiri daripada Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Marin Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Yan.

Terdahulu, mangsa yang telah lama bekerja sebagai nelayan berpangkalan di Tanjung Dawai itu disedari hilang dipercayai jatuh ke laut oleh tekongnya ketika memukat ikan bilis di perairan Pulau Bidan dekat sini pada petang Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI