fbpx

Ibu amang seksual anak bakal didakwa tiga pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Seorang ibu yang disyaki melakukan amang seksual dengan anak lelakinya berusia 14 tahun bakal didakwa atas tiga pertuduhan di mahkamah bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan ke atas wanita berusia 33 tahun itu sudah dilengkapkan dan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan pertuduhan.

“Namun, pendakwaan akan dibuat selepas reman suspek tamat. Suspek bakal didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bulan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati di sini, petang tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan ibu yang disyaki melakukan hubungan seks dengan anaknya di Puncak Alam di sini ditahan bagi siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh, Rabu lalu.

Penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama.

Terdahulu, perbuatan jijik suspek dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya terbongkar dan dicekup polis di sekitar daerah ini pada 2 Mei lalu dan suspek juga dikatakan turut merakam aksi dengan remaja berusia 14 tahun itu menerusi telefon bimbit.

Seorang lelaki yang juga penganggur berusia 35 tahun kemudian turut diberkas bagi membantu siasatan kes itu di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI