fbpx

Bisnes pakej tunai haji makin ‘seram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selepas berpuasa, umat Islam yang terpilih ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk mengerjakan haji di Baitullah pula.

Begitulah Islam tidak berhenti menganjurkan penganutnya berbuat kebaikan dan amal soleh untuk membersihkan jasmani serta rohani.

Berpeluang menghadiri kursus haji perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam baru-baru ini benar-benar membuatkan penulis insaf dalam teruja.

Gambaran Mekah, Arafah, Mina, Muzdalifah dan semua tempat yang berkaitan dengan ibadat haji berada di situ.

Orang memakai ihram, melakukan tawaf dan saie dengan membaca talbiah beramai-ramai benar-benar membuatkan kita merasakan seolah-olah berada di Tanah Suci.

Lebih nampak macam serupa apabila sebahagian daripada hampir 6,000 bakal jemaah yang hadir pada kursus selama dua hari itu tidur bergelimpangan dengan berpakaian putih di kaki lima masjid.

Seorang bakal haji dari Sungai Penchala, Kuala Lumpur bersyukur apabila sembilan ahli keluarganya mendapat surat tawaran mengerjakan haji tahun ini.

Namun, empat anaknya terpaksa menolak kerana bertembung dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Selepas berbincang, Tabung Haji memberi jaminan giliran itu akan dibawa ke tahun depan. Rezeki pak haji!

Biasa kita dengar cerita ajaib dan pelik daripada jemaah apabila pulang ke Malaysia.

Tiba-tiba terjumpa orang dikenali dalam berjuta jemaah di Tanah Suci dan hajat dipenuhi sekelip mata selepas terdetik dalam hati merupakan kisah yang biasa didengari.

Ia juga berlaku ketika berada di masjid itu. Tiba-tiba terjumpa kawan taman sebelah padahal masing-masing tidak memberitahu akan pergi haji dan berkursus di situ.

Tetapi, perkara yang menggusarkan hati mengenai perbualan kami ialah bayaran pakej haji yang mencecah RM40,000 hingga RM500,000 ketika ini. Walaupun mahal, ia habis dijual kepada mereka yang mempunyai wang.

“Aku pergi dengan pakej termurah RM40,000 dan ada kawan memberitahu mereka beli pakej RM150,000 serta RM500,000. Semakin mahal dan tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan,” katanya.

Bersyukur mereka yang pergi dengan muassasah Tabung Haji kerana walaupun perlu bayar penuh untuk T20, harganya masih lagi tidak mencapai pakej termurah seperti yang diceritakan oleh sahabat tadi.

Bisnes ke Tanah Suci nampaknya semakin menyeramkan dan kelihatan mempunyai trend menaik pada masa akan datang. Tak mustahil dalam pada 10 atau 15 tahun lagi nilainya akan mencecah RM1 juta seorang. Entah-entah sudah ada ketika ini.

Masa semakin suntuk dan giliran masih jauh untuk ke sana. Apa pilihan yang kita ada untuk merasai haji di Tanah Suci.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN