fbpx

Projek PSI perlu kelulusan EIA baharu – SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek tambak laut PSI kini dikurangkan daripada tiga pulau kepada satu pulau sahaja.

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendakwa projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) memerlukan satu Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) baharu selepas kerajaan negeri memutuskan untuk mengecilkan skop projek berkenaan.

Sehubungan itu, Presiden SAM, R. Meenakshi berkata, pihaknya akan berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar bagi mendapatkan kepastian sama ada EIA bagi projek PSI yang telah diluluskan sebelum ini masih terpakai mahupun sebaliknya.

Meenakshi.

Menurutnya, ini memandangkan projek berkenaan telah dikecilkan menjadi hanya satu pulau sahaja berbanding tiga pulau sebelum ini.

”Kami tidak boleh menyatakan bahawa EIA sebelum ini telah terbatal, kami akan berhubung dengan Ketua Pengarah JAS untuk mendapatkan maklum balas apa kedudukan EIA kerana skop projek.

”Pada pandangan kami EIA baharu untuk projek PSI ini perlu diperoleh semula oleh kerajaan negeri memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan projek, reka bentuk atau kenyataan keperluan (statemen of need) projek ini.

”Ini kerana mengikut salah satu daripada 71 syarat kelulusan EIA sebelum ini ada menyatakan sekiranya berlaku sebarang perubahan konsep pembangunan seperti yang dinyatakan di dalam laporan EIA, ia hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Meenakshi berkata, terdapat keperluan penilaian impak hidraulik dan hidrologi baharu yang meliputi aliran semasa, paras air, keadaan ombak, pemendapan dan hakisan serta lain-lain lagi isu berkaitan dengan projek penambakan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI