fbpx
ANWAR (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Masjid Ar-Rashid pada Majlis Jalinan Mesra Madani Taman Perpaduan Koperasi Tambun bersama Perdana Menteri di Padang Taman Perpaduan Koperasi 2, Tambun hari ini.

Krisis Asia Barat: Kerajaan tangguh projek besar, utamakan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan akan terus mengutamakan pelaksanaan projek-projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat, walaupun negara sedang berdepan tekanan susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam keadaan tersebut, beberapa projek berskala besar terpaksa ditangguhkan bagi memberi fokus kepada keperluan asas yang lebih mendesak.

“Setiap bulan perbelanjaan negara meningkat RM6 bilion susulan kesan konflik, walaupun peperangan itu berlaku di negara Teluk.
“Sebab itu saya kata, projek besar-besar jangan mintalah, namun projek rakyat seperti tandas sekolah rosak, baik pulih sekolah, bumbung masjid dan rumah Orang Asli bocor, itu kita boleh pertimbangkan.

“Kita beri berdasarkan kemampuan, namun projek-projek besar terpaksa ditangguhkan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Madani Taman Perpaduan Koperasi Tambun bersama Perdana Menteri di Padang Taman Perpaduan Koperasi 2, Tambun, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Anwar berkata, dalam suasana ekonomi yang mencabar, semua pihak digesa mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan mengawal perbelanjaan tidak perlu dan kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangani tekanan susulan krisis berkenaan.

“Saya fikir kalau ekonomi semakin baik, saya mahu ambil gaji. Semua orang dapat gaji, pasal apa saya tak dapat? Bila saya fikir mahu ambil, ekonomi pula tak elok.

“Tapi tidak mengapa, saya datang ke sini menaiki kapal terbang dan kereta kerajaan. Saya tidak susah seperti orang lain, cuma saya kena beritahu rakan-rakan untuk berjimat,” katanya.

Katanya, dalam situasi itu keputusan tidak mengambil gaji adalah pilihannya dan tidak wajar membuat perbandingan dengan pemimpin lain.

“Soal gaji adalah hak masing-masing. Ada yang kata Perdana Menteri tidak ambil gaji kenapa Menteri Besar ambil gaji? Hujah itu tidak betul, gaji adalah hak mereka. Yang kita tidak mahu adalah mencuri dan rasuah. Itu kita tidak beri tapi hak (gaji) kita kena beri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN