fbpx

Orang Asli Bateq takut masuk hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Kebajikan Masyarakat Gua Musang, Bun Tham Eh Gin (dua dari kanan) menyampaikan bantuan wang segera kepada keluarga Halim di Kampung Aring 5, Gua Musang, semalam. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 100 keluarga Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5, di sini, hidup dalam ketakutan sehingga terpaksa menangguh sementara aktiviti mereka di hutan susulan seorang lelaki hilang dipercayai diserang seekor harimau, Selasa lalu.

Penduduk Orang Asli di kawasan itu hanya duduk di rumah sekiranya tiada keperluan penting selain mengawal anak-anak daripada bermain di kawasan hutan demi keselamatan mereka.

Seorang penduduk Orang Asli, Zulkifli Samad, 23, berkata, penduduk di Kampung Aring 5 hidup dalam ketakutan selepas seorang penduduk kampung yang masih hilang ketika ini.

Katanya, penduduk sebelum ini kerap ke hutan untuk mencari madu tualang atau pokok gaharu sebagai sumber ekonomi mereka.

“Lebih baik kami tangguhkan dahulu aktiviti ke kebun kerana bimbang dengan keselamatan nyawa.

“Kebiasaannya, kami hanya jumpa tapak haiwan liar seperti harimau di dalam hutan, namun tidak pernah terserempak secara bersemuka,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo meminta keluarga Orang Asli di Kampung Aring 5 menjaga keselamatan diri sekiranya masuk ke dalam hutan.

Katanya, komuniti Orang Asli perlu bergerak dalam kelompok yang lebih besar bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing di Sungai Aring 5, Selasa lalu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Halim Asin, 27, dari Kampung Aring 5 sedang memancing bersama anak saudaranya, Alang Kuang, 8 tahun sebelum dikatakan diserang haiwan liar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI