fbpx

Lelaki cederakan ibu, adik direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Lelaki yang ditahan kerana mencederakan ibu dan adik lelakinya menggunakan sepana dan pisau pemotong getah dalam kejadian di Kampung Bongor di sini semalam, direman empat hari.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Prosiding reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Taiping bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, kedua-dua mangsa hadir ke Balai Polis Bersia dalam keadaan luka dan berdarah sekitar pukul 7.50 pagi, semalam.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku ketika wanita berusia 54 tahun itu sedang solat sebelum dia diserang suspek yang bertindak memukulnya di bahagian muka dan badan sebelah kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI