fbpx

Di mana awak Thiriyashini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THIRIYASHINI dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu dari rumahnya di Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar

MUAR – Seorang murid perempuan tahun 6 dilaporkan hilang dari rumahnya di Panchor kira-kira dua hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak Polis Daerah Muar sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kanak-kanak tersebut.

“Pihak polis menerima laporan kehilangan kanak-kanak ini pada 21 Mei oleh penjaganya.

“Berdasarkan maklumat awal, kali terakhir dia dilihat penjaganya ketika berada di dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi kelihatan.

“Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikenali sebagai M. Thiriyashini, warga negara tempatan yang tinggal di Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar.

“Bentuk fizikal berbadan kurus, rambut lurus dan kulit gelap. Selain itu, anggaran beratnya adalah 40 kilogram (kg) dan berketinggian 158 sentimeter (cm),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lokasi kanak-kanak tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Amy Ng Heng Shi di talian 016-6870718.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800, atau mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI