fbpx

Dulu suri rumah kini usahawan minyak urut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN NUR FAZIELLAH menunjukkan produk minyak urut MMG yang dijual olehnya sejak 2016.

BERGELAR suri rumah sepenuh masa tidak menghalang Wan Nur Faziellah Wan Ibrahim untuk menjana pendapatan ribuan ringgit hasil titik peluh sebagai seorang usahawan minyak urut.

Dia yang merupakan anak jati kelahiran Setiu, Terengganu itu menceburi bidang jualan produk minyak urut jenama MMG.

Niatnya adalah untuk membantu suami serta memberi kehidupan yang lebih baik untuk tiga anak mereka.

Dia mengakui menjadi suri rumah sepenuh masa juga perlu mencari peluang menjana pendapatan sendiri sebagai persiapan atau bekalan pada masa akan datang.

“Sebagai suri rumah, terdetik dalam hati saya untuk mencari pendapatan sendiri kerana kita tidak tahu perkara yang akan terjadi pada kemudian hari.

“Pada masa sama, saya juga ingin bantu suami yang bekerja seorang untuk menjana pendapatan buat keluarga kami,” katanya kepada Aura.

Menyorot kembali kisah lampau ketika mula menjadi pengedar, Wan Nur Faziellah berkata, berbekalkan modal RM2,200 untuk 100 unit minyak urut ketika 2016, dia tidak menyangka hidupnya akan berubah hingga ke saat ini.

Lebih membanggakan apabila pencapaiannya sebagai master stokis yang juga digelar ‘leader diamond’ hingga membolehkan dia menubuhkan syarikat sendiri dikenali sebagai Ilah Jutawan Empire sejak dua tahun lalu.

“Pertama kali saya sertai MMG pada tahun 2016 kerana ingin membantu pengasasnya yang baru melancarkan produk minyak urut.

“Pada masa sama, saya juga merupakan seorang pengguna produk berkenaan.

“Saya sendiri yakin bahawa produk ini mampu bersaing di pasaran.

“Tidak lama kemudian saya ambil keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai stokis.

WAN NUR FAZIELLAH merupakan pemilik syarikat Ilah Jutawan Empire.

“Dari situlah perjalanan saya sebagai usahawan bermula.

“Minyak urut ini juga adalah satu produk keperluan kerana digunakan berulang kali.

“Saya yakin produk ini akan berada di pasaran untuk jangka masa panjang.

“Ini merupakan produk keperluan harian dan bukan hanya bermusim,” ujarnya.

Selain ingin berkongsi manfaat produk keluaran Muslim kepada orang ramai, wanita berusia 32 itu turut mahu menggalakkan lebih ramai suri rumah menyertai pasukannya.

Katanya, dia ingin membantu golongan berkenaan menjana pendapatan sampingan kepada keluarga masing-masing.

Dia menambah, ketika pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda akan pulih sepenuhnya pada masa terdekat, suri rumah perlu sedar betapa pentingnya mereka mempunyai pendapatan sendiri.

Katanya, ketika pengusaha lain terpaksa gulung tikar akibat menjadi mangsa Covid-19, Wan Nur Faziellah bersyukur tempoh pandemik tidak menghalang perniagaannya daripada terus berkembang dengan maju.

“Alhamdulillah, kami tidak menghadapi masalah dari segi jualan minyak urut.

“Malah, permintaan produk kami semakin memberangsangkan sejak tahun 2021.

“Cuma ada masalah berkaitan stok disebabkan kilang tidak dapat beroperasi sepenuhnya berikutan penularan Covid-19.

“Ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu barang mereka lebih lama. Namun, masalah tersebut dapat diselesaikan,” katanya.

Tambah Wan Nur Faziellah, setakat ini, dia telah menggalas amanah untuk memberi tunjuk ajar kepada lebih 500 orang di bawah pasukan kendaliannya.

Jelasnya, hasil pendapatan yang diperoleh oleh ahli pasukannya sedikit sebanyak dapat membantu keluarga masing-masing dalam urusan bayaran bil elektrik dan air, membeli barangan dapur serta komitmen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI