fbpx

Pekerja kilang maut dihempap forklift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Seorang pekerja kilang pemprosesan kertas maut dihempap forklift dalam kejadian di Pulau Indah, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi, ketika mangsa merupakan lelaki warga Pakistan berusia 20 tahun membuat pusingan U ketika memandu jentera berat itu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, berdasarkan siasatan mendapati mangsa telah memandu forklift secara mengundur dengan laju dan fork dinaikkan pada aras tertinggi.

“Mangsa kemudiannya telah membuat pusingan U secara mengejut dan menyebabkan forklift tersebut terbalik sebelum menghempap badan mangsa.

“Susulan itu, mangsa maut di lokasi kejadian dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, JKKP telah mengeluarkan notis pembaikan untuk membuat perancangan berkenaan dengan pemeriksaan secara berkala di kawasan tempat kerja kepada majikan.

Jelas JKKP Selangor, tindakan perundangan akan dikenakan kepada
pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI