fbpx

Nurul Shuhada kecewa Hafidz tuduh sengaja gugurkan kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SHUHADA kecewa selepas dituduh sengaja menggugurkan kandungannya kerana mahu bercerai.

SHAH ALAM – Isteri pelakon Hafidz Roshdi kecewa apabila difitnah suami sendiri kononnya sengaja menggugurkan kandungan demi meneruskan fasa hidup baharu selepas bercerai.

Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri bertegas, tidak pernah berniat untuk menggugurkan kandungan sebaliknya kejadian tersebut berlaku di luar kehendaknya.

“Semua sudah maklum bahawa saya mengalami keguguran bukan sebaliknya seperti yang difitnah Hafidz.

“Sekarang kes ini dalam siasatan pihak berkuasa dan belum memberi sebarang kenyataan kepada pihak polis. Selepas pulang ke Perlis hari ini baru saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini hari ini.

Tambah Shuhada, dua anaknya iaitu Humairah dan Umar juga sudah memberi nama kepada adik mereka iaitu Uwais.

“Kenapa Shu (saya) nak gugurkan, Shu yang mengandung, di dalam rahim Shu.

“Malah, anak-anak pun sudah bagi nama kepada bayi itu iaitu Uwais,” ujarnya menangkis kenyataan Hafidz.

Hafidz dalam pendedahannya kepada media mendakwa, ada dihubungi Shuhada memaklumkan hasrat mahu menggugurkan kandungan dan meminta kos pengguguran ditanggung sepenuhnya.

“Dia ada hubungi saya menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan tentang kehamilan dan ingin gugurkan kandungan.

“Dia ada maklumkan nak fokus dengan hidup baharu,’ kata Hafidz yang turut membuat dua laporan polis berhubung perbuatan Shuhada.

Semalam, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu iaitu pada hari raya keduq, 23 April lalu.

Reda dengan ketentuan Tuhan, Shuhada, 29, bagaimanapun menolak dakwaan menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin bercerai dengan suami.

“Ya, saya alami keguguran ketika menunaikan solat subuh selepas mengalami pendarahan.

“Selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga saya dan peguam, saya berkongsi semua ini bagi menepis dakwaan melakukan pengguguran secara haram,” ujarnya.

Hari ini merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bagaimanapun, sebutan pengesahan lafaz cerai tersebut ditangguh pada 20 Jun depan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Rentetan daripada itu, Shuhada dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas didakwa ditumbuk oleh Hafidz dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor.

Akibat daripada kejadian tersebut, Shuhada yang ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan bengkak pada mata.

Kemudian, Shuhada berkongsi kepada umum bahawa dia hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki 14 minggu namun semalam dia mengesahkan sudah mengalami keguguran.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI