fbpx

Isu penyingkiran sisa radioktif Lynas tidak jejas pelaburan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD NIZAR ketika menjawab soalan pada Persidangan DUN Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Tindakan Kerajaan Persekutuan yang tidak membenarkan proses penyingkiran sisa radioaktif Lynas dilakukan di Malaysia tidak akan menjejaskan pelaburan antarabangsa di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, jumlah pelaburan asing yang diterima menunjukkan trend meningkat iaitu sebanyak RM10.5 bilion pada 2021 dan RM11.01 bilion pada 2022.

“Saya faham kerisauan Yang Berhormat Beserah dan penduduk setempat di situ berkenaan isu membabitkan Lynas tetapi kita perlu mengimbangi kebimbangan mengenai ‘radioactive waste’ juga,

“Kerajaan akan galakkan pelaburan dari pelbagai industri termasuk industri berat lain yang mempunyai potensi luas,”katanya menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (PN-Beserah) dalam sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Andansura bertanya sekiranya isu sisa radioaktif Lynas itu boleh menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk menarik pelabur antarabangsa dan hala tuju kerajaan bagi mengatasinya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Menurut Mohd Nizar, kerajaan negeri akan memberi fokus untuk menarik pelaburan asing daripada pelbagai sektor dan industri tanpa menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Tambahnya antara sektor pelaburan yang terlibat bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan tertumpu di Bentong serta Gebeng.

“Manakala bagi 2022, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, sektor penternakan serta sektor pelancongan yang menyumbang kepada pelaburan negeri Pahang ini tertumpu di Pekan, Kuantan dan Rompin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI