fbpx

Wanita cuak, rumah baharu cuba dipecah masuk tiga penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan penyamun-penyamun tersebut sedang berlegar-legar di sekitar kediaman pemilik.

PETALING JAYA- Seorang wanita cemas apabila mendapati rumah kediaman yang baru sahaja diduduki bersama keluarga cuba dipecah masuk tiga penjenayah ketika Syawal kedua.

Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok @Norasiahyusoff92 memaparkan tiga lelaki bersenjatakan parang cuba memecah masuk rumahnya melalui pintu belakang, tetapi tidak berjaya.

“Dugaan raya kedua, ada orang nak cuba masuk ke dalam rumah malam itu.

“Tiga orang datang senjatakan parang, masuk melalui pintu dapur, tetapi semasa cubaan masuk melalui tingkap dapur, mereka tidak berjaya kerana ada pagar,” katanya.

Video itu juga memperlihatkan penyamun-penyamun itu berlegar-legar di sekitar garaj dan sekitar rumah.

“Sampai sekarang kami trauma takut sebab tengok rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Nasib baik sempat pasang CCTV sebelum duduk di sini. Penggera sahaja tidak sempat pasang,” katanya.

Tambahnya, dia berasa sangat bersyukur tidak berlaku apa-apa.

“Alhamdulillah, mereka tidak berjaya masuk ke rumah. Allah masih melindungi kami sekeluarga,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berasa risau dengan kejadian tersebut.

“Pasang ‘alarm auto detect’ (penggera pengesan automatik) tu, memang menggelupur dia cuak,” cadang Siti NurFatihah.

“ Ya Allah takutnya, manusia kalau terdesak bukan sahaja menyamun, membunuh pun boleh. Semoga akak sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNya,” kata Nur Asmida Karim.

“Rumah baharu memang dituju pencuri, berhati-hati ya. Saya pernah kena, mereka kopak pagar. Syukur cincin sahaja yang hilang pada masa itu. Duit pula memang tidak disimpan di dalam rumah,” komen Mamadilkualakedah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI