fbpx

KKM kemas kini garis panduan Covid-19 – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan dengan merujuk kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global pada Jumaat, lalu.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketika ini pihaknya akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 di negara ini berdasarkan protokol sedia ada.

Katanya, KKM telah melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan bagi tempoh enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun pada tahun ini.

“Justeru, berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19, status kawasan tempatan jangkitan ini akan diteruskan.

“Pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan adalah perlu bagi memenuhi keperluan isolasi atau pengasingan kes Covid-19 di mana-mana tempat selain hospital dan keperluan majikan menanggung kos rawatan dan pengujian Covid-19 kepada pekerjanya.

“Dijangkakan, penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 dalam Malaysia akan dilaksanakan pada pertengahan Jun tahun ini bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempat jangkitan untuk menentukan halatuju seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, kes Covid-19 dilaporkan meningkat sebanyak 54.1 peratus dengan 7,596 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME 18/2023) bermula dari 30 April hingga 6 Mei lalu berbanding 4,963 kes pada minggu sebelumnya.

Jelasnya, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk kes yang disyaki ke fasiliti kesihatan awam juga menunjukkan peningkatan daripada 5.8 peratus kepada 7.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

“Bagaimanapun, keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI