fbpx

Dua lelaki tak sempat jual 333 guni sosej seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sosej sejuk beku seludup yang dirampas di dalam sebuah lori di Batu 6, Jalan Raya Timur-Barat, Batu Melintang dekat Jeli semalam.- Foto POLIS

JELI – Dua lelaki dicekup selepas didapati membawa sebanyak 333 guni sosej bernilai RM188,200 yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam sebuah lori yang dinaiki mereka di Batu 6, Jalan Raya Timur-Barat, Batu Melintang di sini semalam.

Kedua-dua lelaki yang berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli menahan sebuah lori jenis Hicom kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, pemeriksaan di dalam lori terbabit menemui sebanyak 333 guni berisi sosej sejuk beku tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kesemua guni itu mendapati ia mengandungi sebanyak 1,382 bungkusan sosej.

“Hasil siasatan mendapati, kesemua sosej sejuk beku itu diseludup dari Thailand dan ia akan dijual untuk pasaran negeri di utara tanah air.

“Kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan kelulusan KKM terhadap bekalan sosej yang dibawa mereka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari memberitahu, kedua-dua suspek dan kesemua barang rampasan diserahkan kepada KKM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI