fbpx

KPKT siasat Ahli Parlimen guna air pili bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) menyertai larian pada Majlis Larian Bersama Bomba kali ke IX di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di Ipoh semalam. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

IPOH – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan mengambil air dari pili bomba untuk dihantar ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang sekiranya terbukti dakwaan tersebut benar.

“Seperti yang diketahui, sumber air dari pili bomba adalah untuk mencegah kebakaran bukannya untuk masukkan dalam tangki air sebagai bekalan air biasa.

“Ini (mengambil air dari pili bomba) sebenarnya tidak patut berlaku, pili bomba untuk kecemasan sahaja. Jika semua orang pakai air dari pili bomba, macam mana jika berlaku kebakaran?” katanya ketika ditemui pada Program Larian Bersama Bomba Malaysia Madani di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya di sini semalam.

Program yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia itu disertai 3,500 peserta dalam kalangan anggota bomba dan orang awam.

Mengulas lanjut Kor Ming berkata, tindakan mengambil air dari pili bomba bukan sahaja tidak sesuai, malah disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap Ahli Parlimen atau mana-mana pemimpin tunjuklah teladan yang baik, yang boleh dicontohi. Jangan cuba ambil air dari pili bomba.

“Saya rasa tindakan itu kurang sesuai dan tidak bertanggungjawab sekali gus perlu dielakkan. Apapun, kita akan siasat perkara ini betul-betul sama ada berlaku atau tidak. Apa-apa tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff yang didakwa menggunakan air dari pili bomba sebagai bekalan air bersih untuk dihantar kepada penduduk yang terjejas dan terputus bekalan air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI