fbpx

Kerajaan Johor luluskan pembelian 1,500 CCTV di tiga PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jafni ketika ditemui pemberita selepas Program Gotong-Royong Johor Bersih Perdana di Legaran Sungai Segget, Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah meluluskan pembelian 1,500 rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk pemasangan di tiga bandaraya di negeri ini dalam merealisasikan pelaksanaan Johor Selamat selaras dengan agenda ‘The Greater Johor Bahru’.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pemasangan itu melibatkan 500 unit di setiap kawasan pentadbiran tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Jelasnya, inisiatif itu bagi menggantikan kamera rosak termasuk peranti tidak berfungsi yang ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai.

“Diperingkat kerajaan telah meluluskan kertas kerja dalam ‘The Greater JB’ melibatkan PBT iaitu MBJB, MBIP, MBPG, dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Tiga bandaraya telah mendapat kelulusan daripada peringkat kerajaan daripada ahli-ahli majlis kerajaan negeri untuk membeli 500 unit kamera AI setiap bandaraya makala MPKu sebanyak 100 unit.

“CCTV yang akan dipasang akan menggunakan kamera AI ialah menggunakan teknologi tinggi yang mana boleh ‘scan’ (mengecam) wajah, nombor plat kereta dan data-data yang kita perolehi melalui apa yang kita ‘scan’ itu.

“CCTV ini akan ada ‘command centre’ (pusat kawalan) yang ada pautan dengan ‘command centre’ pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelaksanaan penguatkuasaan bukan sahaja diperingkat PBT malah melibatkan pihak polis,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita selepas Program Gotong-Royong Johor Bersih Perdana bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Legaran Sungai Segget di sini hari ini.

Mohd. Jafni berkata, pemasangan CCTV di kesemua PBT akan dilaksanakan menjelang hujung tahun ini serasi dengan kerajaan negeri dalam memastikan agenda Johor Selamat dapat direalisasikan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sepanjang tempoh Februari sehingga April lalu, MBJB telah mengeluarkan 10 kompaun RM500 dan 250 notis amaran ke atas individu sebagai tindakan penguatkuasaan kerana kesalahan membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan.

Ujarnya, tindakan itu sebagai langkah kerajaan negeri dalam gerak kerja meletakkan agenda Johor Bersih yang dilancarkan Julai tahun lalu terus dilaksanakan.

“Kerajaan negeri dalam keputusan akhir iaitu menunggu kelulusan menguatkuasakan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu melaksanakan kompuan serendah RM50 serta-merta ke atas mereka yang membuang sampah ke merata-rata tempat.

“Dasar ini akan melibatkan semua 16 PBT yang ada di negeri ini sebagai tindakan khas bukan sahaja kepada individu yang membuang sampah malah mereka yang merosakkan harta benda kerajaan dan vandalisme,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI