fbpx

Elly Mazlein, Rina Nose bergabung, ‘letupkan’ pentas Big Stage 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Malam pembukaan program nyanyian Big Stage edisi 2023 dihangatkan dengan kemunculan pengacara Elly Mazlein bersama selebriti terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai kejutan pengacara bersama.

Kemunculan Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom  yang mulanya sendirian pantas menggegarkan platform media sosial, usai kejutan penampilan istimewa yang diterbangkan dari Indonesia itu.

Telatah dan celoteh kedua-dua wanita itu membuktikan keserasian mereka sebagai hos baharu Big Stage menjangkau ekspektasi dengan lagu pembukaan Rindu nyanyian asal Hetty Koes Endang membuat penonton di studio dan di rumah tidak kering gusi.

Ringkasnya, gandingan Elly Mazlein dan Rina Nose telah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk konsert pembukaan minggu pertama.

Menjengah seluruh platform media sosial, rata-rata netizen memberi reaksi dan respon ls positif, sekali gus menyifatkan Elly dan Rina Nose sebagai gandingan sensasi yang bakal memecahkan kesunyian malam minggu dengan kegamatan dalam pengacaraan bersahaja penuh jenaka.

“Big Stage 2023 ini kenal pengacara Kak Lina Pon Pon dan diva Indonesia, Rina Nose. Memang meletuplah dua orang ni bergabung. Tengok Big Stage sebab dua orang ini sahaja rasanya ni,” komen netizen.

“Duo racun yang bakal buat semua gelak ketawa, pandai pihak produksi tarik audiens. Terbaik,” komen penonton.

Big Stage kali ini menampilkan 14 bintang ‘baharu nak up’ dari Brunei, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan termasuk 10 peserta Malaysia bersaing merebut gelaran juara musim kelima.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022). — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI