fbpx

Cuaca panas di beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Status cuaca panas melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan serta Raub di Pahang kini berada di tahap satu iaitu berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, begitu juga di negeri Sarawak di daerah Mukah yang mana didapati suhu harian mencecah 35 darjah Celsius tiga hari berturut-turut.

Oleh itu katanya, penduduk setempat diminta untuk meminum air dengan secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka.

“Selain itu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua melibatkan kawasan perkapalan Selat Melaka Utara dan juga di kawasan perkapalan Phuket yang mana berkuatkuasa daripada 8 Mei hingga ke 12 Mei nanti.

“Berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 3.5 meter, ini adalah bahaya kepada sebarang aktiviti perkapalan, bot-bot kecil dan sukan dan juga rekreasi laut,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, imej gema radar memaparkan keadaan cuaca dilihat cerah dan tiada hujan dicerap di kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia dan keadaan ini dijangka boleh berlarutan sehingga ke tengah hari nanti.

“Begitu juga di Sabah dan Sarawak, keadaan cuaca dilihat cerah di kebanyakan bahagian di kedua-dua buah negeri.

“Keadaan cerah ini dijangkakan boleh berlarutan sehingga ke tengah hari nanti,” jelasnya.

Katanya, bagi sebelah petang nanti pula keadaan kurang hujan berlaku di semenanjung Malaysia yang mana keadaan hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku di satu dua tempat melibatkan bahagian utara semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Kedah, Kelantan dan pedalaman negeri Pahang.

“Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula keadaan cuaca dilihat lebih tertumpu di bahagian timur dan utara negeri Sabah serta melibatkan kebanyakan bahagian di negeri Sarawak,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI