fbpx
Gambar hiasan.

Machang, Kuala Kangsar dan Kampar ‘berpanas’ tiga hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak tiga kawasan di Semenanjung dikenal pasti berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan cuaca panas melanda beberapa negeri setakat pukul 6 pagi tadi.

Menurut kemas kini status cuaca panas yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Machang di Kelantan selain Kuala Kangsar dan Kampar di Perak.

MetMalaysia memaklumkan, Tahap 1 atau berjaga-jaga ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh diperoleh menerusi laman rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN