fbpx

Penganggur dicekup kes amang seksual dua beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang penganggur diberkas bagi membantu siasatan kes seorang ibu melakukan amang seksual dengan anak lelakinya di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan itu dilakukan hasil siasatan melibatkan rakaman video dua beranak tersebut.

Katanya, suspek terbaharu yang menetap di Bandar Sri Damansara itu dipercayai terlibat menyebarkan video namun bukan ahli keluarga mangsa.

“Semakan mendapati lelaki tersebut memiliki dua rekod jenayah iaitu kes pemerasan dan rogol. Selain itu, polis merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya
ketika ditemui di Program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini, pagi tadi.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang wanita dicekup berhubung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam di sini, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 33 tahun itu susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa.

Tambah Ramli, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kebenaran reman ke atas suspek akan diperoleh daripada mahkamah.

“Suspek utama iaitu wanita berkenaan masih direman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi tindakan pendakwaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI